Sejarah Penubuhan


     Persatuan Alumni USM ditubuhkan pada tahun 1989 melalui cetusan idea sekumpulan bekas pelajar USM. Usaha penubuhan persatuan ini bermula pada awal tahun tersebut menerusi pembentukan Jawatankuasa Protem yang diketuai oleh Profesor Madya Itam Sulaiman (Bio. '74), Pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM dan beberapa orang staf akademik serta pentadbiran USM.

     Persatuan Alumni USM mempunyai satu Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang dipilih semasa mesyuarat agung. Jawatankuasa Eksekutif tersebut akan menerajui jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun.

     Pada awal penubuhan, Persatuan Alumni telah melantik TYT Tun Hamdan Sheikh Tahir, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sebagai penaungnya dan Naib Canselor USM sebagai penasihat.

     Sehingga sekarang, Persatuan Alumni USM telah dipimpin oleh beberapa orang Presiden. Kepimpinan yang pertama ialah Prof. Dr. Ramli Mohamed (MassCom. '74) untuk tempoh 4 tahun. Seterusnya, diikuti oleh kepimpinan kedua, Prof. Dato' Zubir Din (Bio. '74) untuk tempoh tiga tahun. Kepimpinan ketiga Persatuan Alumni diterajui oleh Y.Bhg. Puan Sri Fauziah Shahrom (Pol. Sc. '75).

     Bagi era 2000, Presiden Persatuan Alumni USM disandang oleh Prof. Dr. Mohammed Zin Nordin (MassCom. '86), Dr. Mohamad Jafre Zainol Abidin (Ed. '82), En. Shaifubahrim Mohd Saleh (ComSc. '83), Y.Bhg. Dato' Syed Jamal Syed Jaafar (SocSc. '74), Tuan Haji Mohamed Talhah Idrus (SocSc. '74), YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli bin Abdul Razak (Pharmacy '76). Terkini untuk sesi 2019-2021, Persatuan Alumni USM diterajui oleh Tuan Haji Mohd Aziz Ismaun (Kejuruteraan 1989).

         
  
TENTANG PAUSM

          Dari Meja Presiden

          Sejarah Penubuhan

          Objektif / Motto

          Logo

          Keahlian Alumni

          Alumni Cawangan

          Jawatankuasa Eksekutif

          Aktiviti PAUSM

          Hala Tuju 2019-2021

          Info Kerjaya

          Pengumuman

          Soalan Lazim

          Muat Turun

          Maklumbalas dan Cadangan

          Hubungi Kami

DAFTAR ALUMNI

          Login Admin

          Pendaftaran Baru

          Semak Keahlian

MUTIARA KATA
 
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

 

 

Hakcipta Terpelihara © 2019 Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia